Friday, November 2, 2012

Buaya Emas Perak dan Gangsa #2

Tadi baru lepas ambik result exam kat sekolah. Nak tau apa keputusan ku? Huh~ Tak payah tanya la. 'LULUS' jugak aku. Nasib baik lah Cikgu tak membebel panjang pasal aku. Kalau tak... Yelah aku kan budak pendiam dan tak banyak cakap.. tapi kalau kat rumah macam pengkid oohh~

Ok masa aku nak ambik result tu wif my mum :) aku ternampak si buaya tembaga tu bersama rakan-rakan seperjuangannya ( maksud ku yang sama kasanova macam dia jugak la ) sedang bersembang-sembang sambil mengurat gadis. Amboi ayatku macam mau buat karangan BM pulak dah. Huh~ dia ni tak habis-habis lagi ke? Kesian kau punya ex-wife's tu. Kau buat mereka seolah-olah mereka tidak wujud tau dop? 

Aku tau lah kau hensem ( muntah hijau ) tapi janganlah kau buat ikut suka hati kau je. Diorang pun ada perasaan bah. Kau sangka diorang tu an jieng, khin zier yang kau boleh buat ikut sedap mulut, mata, hidung, telinga mu jak? Ek eleh mamat ni. Lu bikin gua panassssssssssss~

Nah kau tengok terkeluar sudah bahasa pondan pengkid ku. Kalau lah aku ni pembecok dah lama aku umpat nama mu depan kawan ku kau tau? Nasib baiklah aku ni pendiam, kalau tak... entahlah~ Mungkin berfungi sudah kau aku umpat tau dop? 

*munajat diri

gambar lepas kena marah sebab failed maths :'( 


p/s: Tujuan ku meperlihatkan gambar ni hanya untuk menambah gambar baru sahaja. Thank you :) non edit. 

No comments:

Post a Comment