Friday, November 2, 2012

Senarai Kerja Cuti

Yeayyy~ Cuti dah bermula! Fuhh~ selamat jugak akhirnya daripada mendengar bebelan daripada cikgu-cikgu. Pasal disiplin la, homework la... 

Kau nak tau benda apa yang selalu aku buat time cuti? Hah nak tau sila klik link ni ---> www.naktau.com <--- hahaha gurau je~ ok dah start citer ..

1. Kalau bangun je dari kubur tidur tak pernah la nak mandi dulu. Padahal bilik air tu dekat jea.
2. Lepas tu turun tengok tivi main masak-masak ngan adik sampai 2 ke 3 jam n then dengar azan zohor baru
    nak mandi. Dasar anak dara pemalaz~
3. Lepas tu solat n then terus bukak laptop. 
    Lancarkan google bukak facebook chatting2x update status offline. 
4. Macam biasa la kalau dah leka ber'facebook' *kata mama aku* sampai tak sedar dah pukul berapa? 
    baru nak off tu laptop. Tu pun kalau aku nak off. Kalau tak macam biasa la bil elektrik naik mendadak.
5. Malam pulak tengok tivi ngan family kadang2x buka laptop. Chat2x tengok2x ada budak hensem tu 
    tengah online. Aku pun apa lagi... aku biar je la... haha :p Korang mesti pikir aku dok menggedikz ngan 
    dia kan?
6. Dan juga aku ni suka tengok movie ngan family. Kadang-kadang tak sampai seminit aku tengok citer tu 
    ayah aku dah tukar pi channel lain -,-
7. Sebelum tidur pulak aku suka baca buku dulu. Baca buku? Ok terang-terangan tipu. Aku baca novel. Eh 
    novel ngan buku tu bukan sama ke? 
8. Lepas tu aku tulis diary kesayangan aku. Mr. Bean Grey. Nak tau kenapa aku letak nama grey kat dia? 
    Tunggu.. belum sampai masanya lagi aku nak citer kat kau orang.
9. Gosok gigi 
10. Tidur!

Easy right aku punya kehidupan time cuti? Oh ya sembahyang tu wajib kan? Tak kan tak solat kot? bengong -.-'' aku dah letak dah kat list nmber #3 tu. Solat zohor je? Subuh, Maghrib, Asar, Isyak tak solat? Tak kan aku nak list kan semuanya kat sini. Kang tak pasal-pasal aku di'cop' sebagai TREP ALIM gitu.   

No comments:

Post a Comment