Thursday, January 24, 2013

PIANO KAU BUAT AKU GILA!

Aku sebenarnya banyak yang nak diceritakan kat sini. Tapi semua benda tu dah hilang dah dalam fikiran ku. Lambat sangat kan nak meluahkan perasaan. Akhirnya terpendam juga dengan sendirinya.

Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku teringin sangat nak main piano. Memang sebelum ni aku ada bagitau kat sini kan? entah korang perasan ke tak? 

PIANO? Apa itu piano? Aku sebenarnya jealous dekat kawan-kawan aku yang main piano tu. Yelah, diorang tu tak pe, diorang anak orang kaya. Aku ni cuma orang yang sederhana je. Yelah, buat apa nak jadi orang kaya? Bagi aku itu tak perlu. Kerana aku sudah mempunya kehidupan yang sempurna dah. Syukur pada ALLAH yang telah bagi aku kebahagiaan. 

Ok berbalik kepada piano. Piano yang paling aku suka ialah Piano jenis Upright. Alah yang warna hitam tu. Cantik kan? Yang kedua aku suka Piano Electrics. Best sangat piano ni! tone nya pun bagus :')

Mama aku cakap, kalau aku nak belajar piano, aku mesti khatam AL-QURAN dan juga mendapat straight's A dalam PMR. Al-Quran tu boleh la aku kasi khatam tapi STRAIGHT'S A tu aku tak tau la bila? Hahaha. Sebenarnya aku memang nak dapat A dalam semua subjek PMR ku. Tapi aku ni tak berapa nak confident. Entah apa la yang masuk dalam kepala hotak ku ni?!

Esok pulak aku kena turun sekolah sebab ada KOKUM. Cikgu ni pun satu, kenapa la time cuti-2 macam ni nak buat kokum? bikin semak kepala otak aku jak nak hadir kokum ni. Aku sebenarnya malas nak turun kokum tapi nak buat camna? dah WAJIB! kalau tak nak turun nanti tak dapat markah untuk SPM. Ni yang aku bengang ni! >.<


No comments:

Post a Comment